To be old and wise, you must first be young and foolish.

Thursday 22 August 2013

#Pray for Egypt#

kufikirkan buat kali yang seribu
pertumpahan darah yang berlaku
lawannya bukan jauh berbatu-batu
tapi mungkin jiran yang biasa kulihat di muka pintu.

kanak-kanak dulu bermain diluar
menyepak bola disingsingkan seluar
sering juga tidak berbaju
kini matinya tidak dimandikan
tidak juga dikapankan
kerana syahidnya mereka
tidak mampu dituntut sesiapa.

apakah pertempuran melawan kebatilan
mampu peroleh kemenangan 
apa tanah air ini
kembali merasai keamanan

hanya tuhan yang tahu
apa kesudahan itu
beribu yang menadah tangan
mohon tegak tidak diturunkan.

No comments:

Post a Comment