To be old and wise, you must first be young and foolish.

Saturday 28 December 2013

.

aku sendiri.
kamar kosong.
teman-teman bilik keluar
kata mereka hendak belajar.

hanya aku sendiri di kamar ini.
ditemani bunyi motorsikal yg lalu lalang
nun jauh dijalanan

kurenung ke luar tingkap
cahaya lampu neon menerangi gelapnya malam
keberadaan bulan tidak dapat  dipastikan
pandanganku terlindung dek ranting2 pohon
aku di aras empat

ahhh
aku sendiri lagi
sudah lama tidak rasa berteman
sudah lama tidak berbual panjang
tentang hidup , tentang cinta, tentang ragam manusia

apa aku harus melalui tahun-tahun yg panjang
dengan menyendiri
atau patut aku topengkan mukaku
untuk bersama-sama yg lain ?

ahhh
apa tiada sesiapa yg sudi
bersahabat seadanya aku

nampaknya harus sendiri
buat masa ini
aku masih berharap ada yg sudi bertandang
cuma mungkin belum sekarang.

Sunday 8 December 2013

Pemuda buku

Katanya orang berilmu
itu mulia.
Katanya orang berjuang menuntut ilmu
itu lebih mulia.

Tapi kenapa nasib kita
anak-anak muda bangsa
di anaktirikan
oleh yang sepatutnya
membela ?

Di mana kata-kata yang menyanjung
seorang pemuda yang memeras keringat
memegang pena
mengikut sang guru ?

Katanya orang berilmu
itu mulia.
Katanya orang yang berjuang menuntut ilmu
itu lebih mulia.
Tapi kini katanya,
mereka yang menadah  kata-kata pendidik itu
sekadar hidup dipenuhi
naskhah-naskhah tebal.

Kata siapa itu ?
Kata mereka
yang dahulunya membela.

Thursday 22 August 2013

#Pray for Egypt#

kufikirkan buat kali yang seribu
pertumpahan darah yang berlaku
lawannya bukan jauh berbatu-batu
tapi mungkin jiran yang biasa kulihat di muka pintu.

kanak-kanak dulu bermain diluar
menyepak bola disingsingkan seluar
sering juga tidak berbaju
kini matinya tidak dimandikan
tidak juga dikapankan
kerana syahidnya mereka
tidak mampu dituntut sesiapa.

apakah pertempuran melawan kebatilan
mampu peroleh kemenangan 
apa tanah air ini
kembali merasai keamanan

hanya tuhan yang tahu
apa kesudahan itu
beribu yang menadah tangan
mohon tegak tidak diturunkan.

Sunday 16 June 2013

syair seorang hamba

Waktu terus berlalu
sedangkan dosa kian bertambah
Malaikat Maut datang bertamu
namun hati tetap lalai
Nikmat di dunia
hanyalah kepalsuan dan kerugian
Hidup di dunia
adalah muhal dan batil.

Ku fikirkan hari perhimpunan dan Kiamat
juga tertanamnya pipiku di bawah pusara
sendirian tanpa teman, setelah mulia dan jaya
tubuhku tergadai dengan tanah liat
Ku renung panjang dan lebarnya hisab
juga hinanya makamku waktu diberi Kitab
Namun harapanku kepada Engkau
Wahai Tuhanku
Wahai Penciptaku
Engkau ampunilah kesalahanku...


-Mukashafah Al-Qulub

Wednesday 12 June 2013

That rotten Tooth.

Assalamualaikum :)


    dahulu tatkala aku menangis apabila sakit gigi abahlah hero. hero gigi yang datang tanpa perlu senjata-senjata mainstream dan brutal seperti machinegun, M16 atau perisai Captain America, tapi cukup dengan hanya seutas benang. gigi susu kecilku dicabut dengan kuat, tegas sekali. tapi penuh kasih sayang membuatkan kesakitan itu hilang dengan hilai tawa manja bersama-sama si ayah.

    kirakira dua belas tahun sudah berlalu dan gigiku kini cukup 32 batang tersusun rapi dengan tunjang-tunjang yang kuat dan masih utuh berkat kuasa Allah dan tidak lupa leteran umi  agar diri ini  membuat temu janji dengan berus gigi dan colgate setiap malam sebelum tidur. hari demi hari , tahun datang silih berganti. gigi susu pergi satu demi satu. gigi kekal datang berbakti untukku. gigi bongsu juga turut bertandang. walaupun datangnya sakit tidak diundang.

    gigi pergi umur yang datang. aku semakin dewasa. abah semakin tua. giginya semakin longgar. walau semangatnya masih kental. tapi semangat sahaja tidak berguna. apabila gigi sakit badan juga merana. seperti musuh dalam selimut. gigi buruk perlu dicabut.

   disitu. disitulah peranan aku. dahulu aku anak kecil, sakit minta diubat. takut minta dipujuk. tatkala aku sakit gigi, umi dan abah bersamaku. biasalah anak kecil. kini tiba giliran aku pula membalas jasa.

    pagi hari ini, abah menyuarakan keinginannya untuk melepaskan giginya yang sakit sudah dua hari. peliknya dia mengajak aku. tapi bukan straight to the point. katanya aku perlu ikut , disuruhnya aku ikut untuk bayar bil astro. aku menurut. kenapa dgn aku ni ? dari tadi tulis rhymes jaa, merapu, dah stop.

 
   jadi aku membawa abah ke sebuah klinik gigi di bandar. sementara menunggu nama abah dipanggil kami borak2 tentang karier dentist ni, boring punya tajuk. kami sepakat apabila abah dipanggil masuk aku juga ikut masuk ke dalam bilik doktor. bila nama abah dipanggil, kami sama-sama masuk. kulihat wajahnya takut-takut. aku mengenggam tangan abah, tersenyum, kuberi kata-kata semangat. " relax bah, kejap je. "


   kenangan waktu kecil meresap ke dalam hati seperti sang bayu yang bertiup lembut. abah baring di atas kerusi khas dan doktor bersiap sedia dengan peralatannnya. aku duduk dibangku berhampiran abah, cukup untuk abah sekadar menjenguk kearahku untuk memastikan aku ada disitu.sekali abah mengerling, aku senyum lebar tanda semangat.

 dalam hati aku, bahagia. masih aku diberi peluang seperti ini, walaupun sedikit tetapi aku rasa berguna untuk bapaku. syukur kepada Allah, aku diberi anugerah seorang bapa yang sangat menyanyangi aku. dan syukur kepada Allah, masih sempat aku menatap wajahnya setiap hari. Alhamdulillah. i thank Allah. because this one man, truly loves me. walaupun masih awal, Selamat Hari Bapa.
 




Tuesday 4 June 2013

Puisi Rangga

Kulari ke hutan kemudian menyanyiku

Kulari ke pantai kemudian teriakku

Sepi...sepi..dan sendiri aku benci 

Bikin bingar...aku mau di pasar 

Bosan aku dengan penat 

Dan enyah saja kau pekat 

Seperti berjelaga jika kusendiri... 



Pecahkan saja gelasnya biar ramai... 

Biar mengaduh sampai gaduh... 

ada malaikat menyulam 

Jaring laba-laba belang 

di tembok Keraton putih 

Kenapa tak goyangkan saja... 

Loncengnya... 

Biar terdera 

Atau aku harus lari ke hutan

baru ke pantai...




- bila matluthfi letak dekat blog dia puisi cinta, terus aku teringat dekat puisi feveret aku ni which is puisi rangga. saja nak berkongsi. peace yo :)

Parut hati.

Assalamualaikum 


  she had chickenpox since last week. her body got itchy, super duper itchy and blisters were all over her body, and some were on her face as well.

 

   that one night she looked at herself in the mirror. worrying about the blisters on her body especially her face. having chickenpox at the age of 19 was a nightmare for a teenage girl like her. but she did redha. knowing that it was one of the ways God take her sins away. and compared to others that suffered more, chickenpox was nothing but only a drop of tears in a glass of plain water.




  but still she was a little bit worried. though she knew she shouldnt have to. worried that there might be scars on her face. leaving her a brand new skin. brand new her. she didnt want that. she was worried about the condition of her face. her appearance. worried about how they might look at her.




   Masyaallah. why God why ? why did she worried about her appearance, when the one she should be more worried about was how her heart is. after all, she forgot too much. she forgot all the sins she did, but never forget to cry and complain. she forgot that for every wrong deed she did will leave a dark spot on her heart. and, nauzubillah may Allah prevent this, the more she did wrong, the more she wronged herself, the more she wronged Allah , the darker her heart will be.






 


  some  people, put appearance as priority, when it is just only a skin deep. while some people, never forget to take care of their heart. so what differs the firstly mentioned people and the secondly mentioned people ? they were all people anyway.




   what differs them is iman. that was more than enough.









so how does your heart looks like ?



   



Wednesday 22 May 2013

Postman.

 Assalamualaikum. tak jawab dosa. jawab dapat pahala.



  So, setelah memikirkan tentang hal ini beberapa kali, aku meluahkan kepada Umi.



Aku mahu mengambil lesen motorsikal. Jadi aku kemukakan sebabnya pada Umi , sebab nampak muka Umi macam tak puas hati je nak mintak buat lesen motorsikal plak, sedangkan motorsikal pun tak ada. Lagipun lesen kereta kan dah ada katanya.





 Jadi aku dengan yakin nya cuba guna talent aku dalam mempengaruhi orang. Biasalah tu. haha.
Aku beritahu Umi keinginanku untuk bekerja sebagai postman sebagai part time sempena cuti ni. jadi aku perlukan lesen motor.

Yela tak pernah pulak aku nampak postman pakai kereta. postman yang upgrade sikit kot.

 

Tapi respond Umi macam hampeh je. dia hanya gelak. dan gelak lagi. Katanya aku ni pelik.




 Apa. aku nak travel-travel ja.



Sunday 19 May 2013

Rapuh

  Sebagai seorang manusia tak dinafikan kadangkadang aku kecundang. dan setiap masa dihadapi dugaan. aku juga tidak mampu mencapai semua yg aku inginkan. dan kadangkadang aku leka dan lupa untuk meminta kepada Dia yang pasti memberi jawapan , lambat atau cepat. 





   So Umi memainkan tugasnya dengan sangat bijak. dia cakna dengan keadaan aku yg memang sedang leka sekarang, apa lagi time cuti panjang ni. And aku juga agak kecewa dengan diri sendiri. dek kerana resultku tak begitu memudahkan aku meneruskan kos yang diingini.


   Jadi dalam perjalanan ke Kota Bharu berdua bersama Umi. dia bercerita tentang si kecil Yah.




   Kata Umi dia terdengar Yah sedang berdoa dengan tidak sengaja. biasalah budak 7 tahun doa macam dalam kelas. doa kuatkuat.



  " Ya Allah , Yah nak main bola. tapi orang laen tak bagi Yah maen sebab Yah kecik lagi. Tolong Ya Allah.

Ya Allah tolonglah jangan bagi pensil Yah kena curi lagi. Yah tak nak kena marah lagi. Amiiiinnnnnn... "


Subhanallah... sungguh besar keyakinan seorang kanakkanak kecil terhadap Penciptanya walaupun baru 7 tahun dia mengenal Penciptanya. sungguh aku berasa malu. malu dengan kesombongan aku untuk meminta. Walhal aku tahu, Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani.



    Pesan umi lagi, jangan merintih pada orang laen , jangan merintih pada diri sendiri, tapi merintihlah pada Allah Azzawajalla. Dia sentiasa ada.





The late Tok Ayah

   I've never met my dad's father. I've never seen his face in real, all i've ever seen was an old photo of him and that happened to be  years ago.

And I dont even remember how he looked like.


But as far as I know is that my grandfather was a very wise man. It had been proven when I found a huge cupboard of old  Reader's Digest in his old house.

 And still we cant judge people simply by that. That is why abah told me a story about him.


   It was about 40 years ago and abah was preparing himself for hir first day of Standard 1 the next day. His mom, or my grandmother, was buzy packing things for his first day in school.

 While abah and grandmother were busy packing things, tok ayah (grandfather) called abah and asked him to sit beside him.
   He gave abah a line, "please teacher may I go to toilet." , and asked abah to memorize it immediately that night. Abah just did it without knowing why.


   Apparently the next day, abah was the only kid in his class that didn't pee or poop in class. So...looks like tok ayah knew what was more important.
Cool isn't it ?



                                                           Standard 1 and 2 3rd Annual Price Giving and Speech Day. (18.11.1961)

Friday 17 May 2013

Colour Blind

     


 The recent news about racism reminds me of a story that happened the past two years.


   My brother Yah was 5 that time. my father, Yah and me were heading to Kedai Muda Osman ( a bookshop).
we were passing by a chinese workshop. there was a chinaman sitting on a stool, he looked at us with a cold look and my father and me just ignored him and walked straight to the bookshop.
and little Yah just followed us from behind.


                                             this is actually in Tumpat.(gambar hiasan)

 
   Then suddenly a cute little chinaboy holding a hard Ultraman toy ran towards Yah.

 
    both my father and the chinaman were shocked. and so do I.  the chinaman rush towards his boy- afraid that he would hit Yah with his toy.


    but before the chinaman even reach the boy, the little boy held out his Ultraman toy to Yah. that cute little living thing gave the toy to Yah, who is a Malay boy with tan skin.


    and that stunt us.


how children can be so pure. so innocent. so non racist. and so colour blind.

 yes. children are colour blind.


that put us, adults or young men and women, into a big shame. how could we judge people, and discriminate them just because they are different from us. just because of our skin are different we cant treat them differently. and worse, unfairly.


  the most important thing is unity. we have to unite for the sake of Malaysia, for the sake of our generation-guys, and your children generations-moms and dads and also the upcoming generations and so on.
andi believe unity  brings peace.



  so cheer up. smile to everyone, even to those who were darker, or fairer than you. show your respect to others.and stop stereotyping.

 because how one generation loves, the next generation learns.



   I just hope that we could go back to those days when we played with friends from different backround and races without any sense of racism. what we see is only Ali, Ah Meng and Raju. nothing more. nothing coloured-ful.











Monday 13 May 2013

Sarcastic punya adik

Adik kecilku Yah sudah mengenal seni sarcasm sejak kecil lagi. Apabila umi bertanya sudahkah dia solat Maghrib sblm tgk kartun ;

" dah tiga kali umi tanya soalan tu lah "

  " umi kan dah biasa tanya tiga kali". Aq mengulas mesra sambil tersenyum ke arah umi.

" yelah. Umi suka buat mcm tu jugak waktu selawat. Baru afdal. "

Varitey of thinking

My brother Pang is a type of boy that asks everything that happens around him. He always makes me think differently with his questions, jokes and opinions.
" Pang boleh tolong along tak ? "
  " ape ? "
" tolong amikkan henset along dlm blik, tgah charge "
" charge positive ke negative ? "
-_-

Friday 10 May 2013

Biasalah orang bujangkan.

I am the eldest daughter in my family. Umi got me when she was 21.and abah was 40 that time. Yes, umi and abah have a very huge age gap. Around 19 years apart. So boleh dikatakan masa abah umur 19 thn, umi bru lahir.
That was so amazing.
and umi is the only wife he had.so far insyaAllah.

If there is love after marriage, I wouldnt have to go far to look for a couple, my parents are there.
they didnt know each other before they got married back then.

Mungkin aku akan lalui benda yang sama. Maybe I will get married to someone I dont even know now.

Well, hi then :)

XX XY

Whenever I watch korean shows I got myself very excited. And abah that usually reading nearby pauses.glares at me.and continue to read.

Very much opposite to umi, that runs towards me from the kitchen, just to tell me to stop fangirling.

Oh I love the way my abah being cool and umi being cute.and I could see the difference between genders. Haha.

Thursday 9 May 2013

Pujian membawaku terbang.

Hari ini adik pergi sekolah.macam biasa. balik sekolah dia cerita, katanya guru kelas puji dia hari ini.


  "cikgu Mimi kata Yah hensem tadi.(sambil buat omwork) "

"boleh percaya ke cikgu tu ? "

   "Em ! cikgu kata Yah hensem macam Andy."

"Andy.. ? "

   "Andy tu semut dalam buku Andy the Ant.. "

"ooo......pastu semua orang gelak ?"

   "semua orang cakap ' wahhhhhhhh' dekat Yah "

"pastu Yah buat macam mana ?"

   "Yah x buat ape-ape pun. Yah lupa diri."


inilah Andy 3:


Result Asasi.

Alhamdulillah.

ucapan di atas bukan bermaksud resultku bagus. bukan bermaksud resultku teruk juga. hanya, sedang-sedang je. bolehlah. tapi ucapan ini mengajak kita semua bersyukur. syukur diatas segala nikmat Allah, termasuklah apapun result yg kita dapat. jangan leka, jangan alpa dgn dunia, tanpa kesedaran akan nikmat Allah. peringatan untuk diri dan semua. wallahualam. :)