Assalamualaikum :)
dahulu tatkala aku menangis apabila sakit gigi abahlah hero. hero gigi yang datang tanpa perlu senjata-senjata mainstream dan brutal seperti machinegun, M16 atau perisai Captain America, tapi cukup dengan hanya seutas benang. gigi susu kecilku dicabut dengan kuat, tegas sekali. tapi penuh kasih sayang membuatkan kesakitan itu hilang dengan hilai tawa manja bersama-sama si ayah.
kirakira dua belas tahun sudah berlalu dan gigiku kini cukup 32 batang tersusun rapi dengan tunjang-tunjang yang kuat dan masih utuh berkat kuasa Allah dan tidak lupa leteran umi agar diri ini membuat temu janji dengan berus gigi dan colgate setiap malam sebelum tidur. hari demi hari , tahun datang silih berganti. gigi susu pergi satu demi satu. gigi kekal datang berbakti untukku. gigi bongsu juga turut bertandang. walaupun datangnya sakit tidak diundang.
gigi pergi umur yang datang. aku semakin dewasa. abah semakin tua. giginya semakin longgar. walau semangatnya masih kental. tapi semangat sahaja tidak berguna. apabila gigi sakit badan juga merana. seperti musuh dalam selimut. gigi buruk perlu dicabut.
disitu. disitulah peranan aku. dahulu aku anak kecil, sakit minta diubat. takut minta dipujuk. tatkala aku sakit gigi, umi dan abah bersamaku. biasalah anak kecil. kini tiba giliran aku pula membalas jasa.
pagi hari ini, abah menyuarakan keinginannya untuk melepaskan giginya yang sakit sudah dua hari. peliknya dia mengajak aku. tapi bukan straight to the point. katanya aku perlu ikut , disuruhnya aku ikut untuk bayar bil astro. aku menurut. kenapa dgn aku ni ? dari tadi tulis rhymes jaa, merapu, dah stop.
jadi aku membawa abah ke sebuah klinik gigi di bandar. sementara menunggu nama abah dipanggil kami borak2 tentang karier dentist ni, boring punya tajuk. kami sepakat apabila abah dipanggil masuk aku juga ikut masuk ke dalam bilik doktor. bila nama abah dipanggil, kami sama-sama masuk. kulihat wajahnya takut-takut. aku mengenggam tangan abah, tersenyum, kuberi kata-kata semangat. " relax bah, kejap je. "
kenangan waktu kecil meresap ke dalam hati seperti sang bayu yang bertiup lembut. abah baring di atas kerusi khas dan doktor bersiap sedia dengan peralatannnya. aku duduk dibangku berhampiran abah, cukup untuk abah sekadar menjenguk kearahku untuk memastikan aku ada disitu.sekali abah mengerling, aku senyum lebar tanda semangat.
dalam hati aku, bahagia. masih aku diberi peluang seperti ini, walaupun sedikit tetapi aku rasa berguna untuk bapaku. syukur kepada Allah, aku diberi anugerah seorang bapa yang sangat menyanyangi aku. dan syukur kepada Allah, masih sempat aku menatap wajahnya setiap hari. Alhamdulillah. i thank Allah. because this one man, truly loves me. walaupun masih awal, Selamat Hari Bapa.
No comments:
Post a Comment