Sebagai seorang manusia tak dinafikan kadangkadang aku kecundang. dan setiap masa dihadapi dugaan. aku juga tidak mampu mencapai semua yg aku inginkan. dan kadangkadang aku leka dan lupa untuk meminta kepada Dia yang pasti memberi jawapan , lambat atau cepat.
So Umi memainkan tugasnya dengan sangat bijak. dia cakna dengan keadaan aku yg memang sedang leka sekarang, apa lagi time cuti panjang ni. And aku juga agak kecewa dengan diri sendiri. dek kerana resultku tak begitu memudahkan aku meneruskan kos yang diingini.
Jadi dalam perjalanan ke Kota Bharu berdua bersama Umi. dia bercerita tentang si kecil Yah.
Kata Umi dia terdengar Yah sedang berdoa dengan tidak sengaja. biasalah budak 7 tahun doa macam dalam kelas. doa kuatkuat.
" Ya Allah , Yah nak main bola. tapi orang laen tak bagi Yah maen sebab Yah kecik lagi. Tolong Ya Allah.
Ya Allah tolonglah jangan bagi pensil Yah kena curi lagi. Yah tak nak kena marah lagi. Amiiiinnnnnn... "
Subhanallah... sungguh besar keyakinan seorang kanakkanak kecil terhadap Penciptanya walaupun baru 7 tahun dia mengenal Penciptanya. sungguh aku berasa malu. malu dengan kesombongan aku untuk meminta. Walhal aku tahu, Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani.
Pesan umi lagi, jangan merintih pada orang laen , jangan merintih pada diri sendiri, tapi merintihlah pada Allah Azzawajalla. Dia sentiasa ada.
Thanks for posting this wani :) kesedaran :/
ReplyDeletenangis..
ReplyDelete