Assalamualaikum. tak jawab dosa. jawab dapat pahala.
So, setelah memikirkan tentang hal ini beberapa kali, aku meluahkan kepada Umi.
Aku mahu mengambil lesen motorsikal. Jadi aku kemukakan sebabnya pada Umi , sebab nampak muka Umi macam tak puas hati je nak mintak buat lesen motorsikal plak, sedangkan motorsikal pun tak ada. Lagipun lesen kereta kan dah ada katanya.
Jadi aku dengan yakin nya cuba guna talent aku dalam mempengaruhi orang. Biasalah tu. haha.
Aku beritahu Umi keinginanku untuk bekerja sebagai postman sebagai part time sempena cuti ni. jadi aku perlukan lesen motor.
Yela tak pernah pulak aku nampak postman pakai kereta. postman yang upgrade sikit kot.
Tapi respond Umi macam hampeh je. dia hanya gelak. dan gelak lagi. Katanya aku ni pelik.
Apa. aku nak travel-travel ja.
No comments:
Post a Comment